Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji: P1T1 RM1993.63 – P1T24 RM4718.25
P2T1 RM2089.64 – P2T24 RM5001.98
P3T1 RM2189.83 – P3T24 RM5295.68
Syarat Lantikan:
• Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
• Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred M41: P1T4 RM2269.15]; atau
• Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred M41: P1T7 RM2544.67); dan
• lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan
• kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Perhatian: Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
Deskripsi Tugas: Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Sumber Pegawai Tadbir Diplomatik: spa.gov.my
The post Pengenalan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 appeared first on Pegawai Tadbir Diplomatik.