Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Dijalankan dijadualkan berlangsung pada Ogos 2014 mengikut takwim yang dikeluarkan oleh pihak SPA. Sekalung tahniah dari SPA8Online buat calon-calon yang terpilih untuk menduduki seisi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik .
Untuk entri kali ini, salah seorang rakan kami telah menyediakan rujukan tips berdasarkan pengalaman beliau menjalani seisi peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 kira-kira 2 tahun yang lalu buat calon-calon yang bakal menjalani seisi peperiksaan PTD kelak.
Berikut adalah 8 tips persediaan menghadapi seisi Peperiksaan PTD :
Exam Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
- Tips 1
Jika anda memohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 semasa mengisi borang SPA8i secara online, pastikan anda sentiasa peka kepada persekitaran dan isu semasa dalam dan luar negara dengan memperbanyakkan pembacaan surat khabar atau majalah ilmiah dan menonton siaran berita. Mulakannya sekarang dan hari ni. Usah bertangguh lagi. Untuk memegang jawatan sebagai PTD anda perlu berfikir untuk berkhidmat untuk negara.
- Tips 2
Miliki dan beli buku Malaysia Kita. Tahukah anda buku bertajuk Malaysia Kita menjadi medium sumber soalan hampir 60% dari soalan peperiksaan PTD dalam seksyen pengetahuan am dan alam sekitar. Buku setebal 600 muka-surat lebih ini mampu membantu persediaan anda dalam menghadapi exam PTD.
- Tips 3
Pastikan tidur yang cukup sehari menjelang hari peperiksaan. Elakkan berjaga hingga larut malam atau awal pagi semata-mata mengejar persediaan saat akhir. Anda perlu berada dalam keadaan segar untuk menduduki seisi exam ptd ini.
- Tips 4
Mohon doa dan restu dari ibu-bapa anda. Doa dan restu dari mereka amat penting untuk anda sebagai anak yang bakal melalui seisi peperiksaan yang bakal memberi ‘nafas’ baru dalam kerjaya untuk masa hadapan seandainya berjaya ke peringkat seterusnya dan berjaya menempuh seisi temuduga dengan cemerlang untuk dipilih bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Insya-allah.
- Tips 5
Sediakan pakaian dan kelengkapan untuk exam sehari sebelumnya. Pastikan anda memakai pakaian yang kemas. Rata-rata gadis lebih ayu memakai baju kurung, manakala calon lelaki lebih segak dengan kemeja dan slack. Tonjolkan imej atau personality sebagai penjawat awam atau kerja kerajaan. Alat tulis mestilah lengkap. Pastikan anda membawa lebih dari sebatang pen dan pensil.
- Tips 6
Semasa menduduki peperiksaan PTD, masa amat berharga sepanjang berlangsungnya seisi tersebut. Pastikan anda sentiasa bersedia dalam bab pengurusan masa ketika seisi peperiksaan berlangsung. Pastikan anda mengisi maklumat peperiksaan secepat mungkin dan bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan pada bila-bila masa. Pastikan juga anda menanda jawapan terus ke borang jawapan OMR. Jangan bazirkan masa menanda jawapan di kertas soalan.
- Tips 7
Jangan sesekali meninggalkan ruang kosong tidak berjawap..Ya, “tembak” janji anda menjawab. Untuk Kertas Sahsiah Rupa Diri, 200 soalan dalam masa 40 minit. Kertas peperiksaan ini menunjukkan siapa diri anda.
Contoh soalan ‘Adakah anda pernah terfikir untuk memaki orang ketika marah?”
Ya atau Tidak.
Jadilah diri sendiri untuk Kertas Sahsiah Rupa Diri. Manakala untuk Seksyen matematik, praktis dari sekarang mencongak sebarang kiraan dalam titik perpuluhan.
- Tips 8
Selesai Peperiksaan PTD, anda berdoa dan tawakal. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Jika anda berjaya dalam peperiksaan PTD, anda akan ke PTD Assessment Centre (PAC) selama 3 hari, Sekiranya berjaya mencerminkan diri sebagai bakal PTD, anda akan melalui seisi terakhir, iaitu seisi temuduga. Dan jika berjaya dalam seisi ini, anda akan mengambil Diploma Pengurusan Awam di Intan selama 6 bulan dan selepas itu baru diserapkan ke jabatan-jabatan berkenaan.
Kepada yang akan menduduki Peperiksaan PTD pada Ogos ini, SPA8Online mengucapkan Selamat berjaya mengejar impian bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik .
The post 8 Tips Persediaan Menjalani Exam Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 appeared first on Pegawai Tadbir Diplomatik.