Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
![contohsoalanpegawaitadbirdiplomatik]()
Peperiksaan ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.
Calon-calon yang mengambil peperiksaan ini adalah dari beraneka jurusan dan soalan-soalan juga adalah dari berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, mungkin ada soalan-soalan yang anda tidak boleh menjawab kerana diluar bidang ilmu pengetahuan anda tetapi anda tidak perlu bimbang kerana ada pula soalan-soalan yang anda seharusnya boleh menjawab sebab perkara-perkara itu di dalam bidang ilmu pengetahuan anda. Tegasnya peperiksaan ini adalah adalah untuk menguji kematangan pemikiran anda yang telah anda semai dan pupuk sepanjang riwayat persekolahan dan pengajian anda. Kesimpulannya matlamat akhir peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi anda sebagai bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Kelulusan dalam peperiksaan ini adalah satu daripada syarat lantikan. Peperiksaan ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.
SUKATAN PEPERIKSAAN
- Bahagian A: (Pengetahuan AM PTD Tentang Malaysia dan Dunia)
- Bahagian B: (Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD)
- Bahagian C: (Ujian Psikometrik PTD)
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.
Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.
Contoh Soalan
1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :
A. Penubuhan ASEAN.
B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan mereka ke atas Sabah.
E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
Jawapan – B
2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. Beragama Islam.
B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
C. Keturunan Melayu.
D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
E. Menjadi warganegara secara masukan.
Jawapan – D
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Di dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaian masalah-masalah dengan menggunakan :
i. Logik untuk menyelesaikan masalah;
ii. Menginterpretasi Data; dan
iii. Konsep-konsep matematik.
(I) Kebolehan menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.
Di dalam soalan ini calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untukmemberi jawapan yang tepat ataupun untuk jawapan-jawapan yang salah. Calon-calon akan diberi berbagai-bagai masalah. Calon-calon dikehendaki menggunakan segala kepintaran berfikir untuk mencari jawapan.
Contoh Soalan
1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :
Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.
Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.
Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.
Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.
A. Peguambela.
B. Jururawat.
C. Profesor Ekonomi.
D. Penganggur.
E. Peguambela dan Jururawat.
Jawapan – D
Penjelasan
Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.
Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.
Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.
Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.
2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.
Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah
A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.
B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.
D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.
E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta maaf.
Jawapan – C
Penjelasan
Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidan dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.
![ptdpanduanlenagkap]()
(II) Kebolehan Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa masalah yang menggunakan berbagai perangkaan. Daripada berbagai-bagai perangkaan ini calon dikehendaki menganalisanya untuk meyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Untuk memudahkan calon memberi jawapan, calon-calon adalah digalakkan menggunakan graf, jadual dan sebagainya.
Contoh Soalan
![contohsoalanpegawaitadbir]()
1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah
A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050
Jawapan – B
2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?
A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400
Jawapan – C
3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?
A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750
Jawapan – C
(III) Menyelesaikan Masalah Dengan Menggunakan Konsep-konsep Matematik.
Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon kerana semua calon telah melalui Tingkatan 5. Walaupun ada calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.
Contoh Soalan
1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
E. 64
Jawapan – A
Cara mendapatkan jawapan
Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8×7/2 = 28
1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
E. 37
Jawapan – A
Cara mendapat jawapan
90% daripada 40 = 36
3/4 daripada 36 = 27
Lain-lain Soalan Matematik Pegawai Tadbir Diplomatik
![soalanmatematikptd]()
![soalanmatematikptd2]()
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur personaliti dan sahsiah seseorang calon sebelum layak dipanggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.
Penilaian Ujian Penaksiran Personaliti SPA adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Seksyen Sahsiah dan Minat dikenali juga sebagai Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan dinilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan dinilai melalui set soalan yang diajukan.
Ujian bahagian ini tidak mampunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.
Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 pilihan jawapan sama ada Ya atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.
Skop Soalan Ujian Psikometrik PTD 2014
Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;
• Kemahiran Berfikir
• Sikap
• Perwatakan
• Emosi
• dan lain-lain
Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.
Ingat pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik PTD
Penilaian Ujian Psikometrik PTD adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Berikut merupakan contoh soalan yang mungkin ditanya dalam ujian.
![contohsoalanpsikometrikptd]()
PANDUAN LENGKAP MENJAWAB SOALAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
![panduanexampegawaitadbirdiplomatik]()
Ramai yang telah bertanya berkenaan panduan lengkap ini. Jualan akan dibuka dalam masa terdekat. Jadilah orang yang terawal mendapatkan panduan ini kerana jualan dibuka 5 hari sahaja dan jika dapatkan lebih awal, anda mempunyai banyak masa untuk ulangkaji.
Apa yang terkandung dalam Panduan Khas Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ?
Segala ilmu serta informasi yang terkandung di dalam panduan ini adalah ilmu yang datang dari pengalaman yang telah terlibat dalam bidang ini sejak tahun 2009 dan dari merekan yang telah berjaya dalam peperiksaan M41.
Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.
Berikut merupakan kandungan panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41:
- Huraian secra terperinci setiap Seksyen Peperiksaan M41 Pegawai Tadbir Diplomatik.
- Juga dibekalkan dengan Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41 beserta skema jawapan untuk memudahkan ulangkaji pantas.
- Anda akan menerima maklumat Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 beserta contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dan jawapan sebagai persedian anda.
- Panduan lengkap yang menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab olen calon.
- Contoh soalan khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 untuk rujukan.
- Nota khas merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu anda.
Jualan belum lagi dibuka pada waktu sekarang. Kami akan umukan kepada anda melalui email jika jualan dah dibuka nanti. Kami juga akan menghantar tip-tip yang boleh dijadikan rujukan nanti.
![ptdpanduanlenagkap]()
The post Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 appeared first on Pegawai Tadbir Diplomatik.